Nuffnang Ads

HeartBeat Ads

Lagu Khas Sempena Hari Guru Oleh Ultraman

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
Hari ni hari guru kan?
Mestilah ya! tak gitu.
Pada hari ini, saya ingin mengucapkan selamat hari guru kepada guru-guru yg mengajar saya dari tadika hingga sekarang.

Dengan ini saya selitkan sekali video utk tatapan guru-guru di luar sana.
Lagu ni ultraman yg buat tau! jangan main-main. Jom dengarkan lagu ini..



Best tak? mesti bestkan..

Itu saja pada hari ini,
Assalamualaikum dan Selamat malam :)

Lawak Hari Guru #1

Suatu pagi di dalam sebuah kelas 4 Slow, di sebuah sekolah rendah, di kawasan pedalaman. Cikgu sedang memberikan cadangan kepada murid-muridnya tentang hadiah sempena Hari Guru esok.

Cikgu: Saya tak kisah apa-apa jenis hadiah yang kamu nak berikan.

Murid: Tapi cikgu, hadiah yang macam mana?

Cikgu: Cikgu cadangkan begini, jika bapa kamu penanam jagung… jagunglah hadiahnya, jika nelayan, ikan pun boleh..

Murid-murid: Ohh…. begitu..

Keesokan harinya, penuh meja cikgu itu dengan pelbagai hadiah… macam-macam ada. Tersenyum lebar cikgu ….

Hah, kenapa kamu berpeluh ni Mamat? Datang lewat pulak!

Mamat: Usung hadiah cikgu… tu ada kat luar kelas.

Cikgu: Ya.. Allah, batu nesan Mat?????

Mamat: Ha….aaa (dengan bangga)

Cikgu: Ayah kamu kerja apa?

Mamat: PENGGALI KUBUR cikgu.

Cikgu: erk...-,-

#Selamat Hari Guru! Jasamu akan dikenang, Cikgu!